JALUR GEMILANG

JALUR GEMILANG

16.5.11

PERMAINAN YO-YO CINA

Sejarah permainan Yo-yo cina

Yo-yo cina ialah sejenis permainan yang berasal dari negara China. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak zaman Dinasti Ming iaitu sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina ini mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.  Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.


Permainan yo-yo cina sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pelajar cina di Sek.Men.Keb.Seri Alam 2. Malahan, pelajar cina di sekolah ini sememangnya cukup sebati dengan permainan tradisional masyarakat mereka ini. Tidak hairanlah di sekolah ini turut ditubuhkan kelab permainan yo-yo cina khas untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mempelajari bagaimana alat permainan ini dimainkan. Jurulatih luar turut dijemput bagi mengajar pelajar-pelajar ini cara bermain yo-yo cina dengan betul. 

Baru-baru ini sekali lagi pelajar SMKSA2 telah dijemput untuk membuat persembahan bermain yo-yo cina. Ternyata kebolehan pelajar sekolah kita bermain yo-yo cina mendapat pengiktirafan dari masyarakat luar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan keberhasilan pesrsembahan tersebut. Semoga kelab yo-yo cina sekolah kita ini akan terus maju dalam mengharum nama sekolah disamping dalam menghargai kesenian warisan bangsa..




video