4.1.12

WELCOME BACK TO SMK SERI ALAM 2

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah atas nikmat iman dan islam dan nikmat hidup yang diberi sehingga kita semua masih bisa menjalankan tugas sebagai pendidik. Benar..tugas sebagai guru itu mulia..

Tahniah diucapkan  kepada semua guru terutamanya kepada guru-guru sesi petang kerana telah berjaya mengharungi cabaran di hari pertama persekolahan bagi sesi petang dengan jayanya. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit iaitu seramai 20 orang guru, tapi,alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik.Segala kekurangan yang mungkin ada insyaallah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.


Bermula pada hari ini juga, telah dijalankan minggu orientasi iaitu bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Diharapkan semua guru dapat memberi kerjasama yang baik bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar..

Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama menabur bakti dengan ikhlas dan sabar demi melahirkan modal insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..insyaallah..

Antara gambar-gambar kenangan...


Kelihatan seorang guru sedang mengira jumlah kerusi dan meja di dalam kelas sebagai persediaan permulaan sesi persekolahan..

Mesyuarat pertama guru di UNIKL..

                                    Penyampaian sijil kepada guru yang berjaya meningkatkan prestasi pelajar..
       
Mesyuarat guru..

Keliahatan pelajar lelaki sesi petang sedang menunaikan solat secara berjemaah di surau..

Pelajar siap sedia beratur mengikut kelas..

Pelajar-pelajar sesi petang..